Infaq Pewangi Surau dan Masjid

Infaq Pewangi Surau dan Masjid

INFAQ RAMADAN SOLAT TERAWEH BAU WANGI 

 



Kenapa Infaq Pewangi?

Keadaan bau wangi di masjid atau surau adalah salah satu cara untuk menjaga kebersihan dan keselesaan di tempat ibadah. Bau yang menyenangkan boleh membantu mencipta persekitaran yang tenang dan menenangkan, yang penting untuk meningkatkan khusyuk semasa solat dan ibadah lain. Selain itu, wangian juga boleh memberikan kesan psikologikal yang positif terhadap orang yang berada di dalam masjid, membantu meningkatkan keupayaan mereka untuk fokus dan khusuk dalam ibadah mereka.


Masjid dan surau yang wangi mengambarkan jemaah dan status muslim yang menjaga kebersihan serta mengangkat nama Islam itu sendiri. Semua orang sukakan bau wangi dan lebih-lebih lagi ianya sunnah.

 


Pewangi Qish yang diletakkan di tempat rak buku dalam masjid


Kenapa pewangi Qish?


Pewangi Qish adalah produk keluaran muslim yang sangat sesuai di letakkan di masjid atau surau. Ianya meruapkan bau wangi yang meresap ke permukaan kayu di penutup botol yang menaikkan aroma bauan. Tanpa perlu bateri atau elaktrik memudahkan penyelenggaraannya, letak dan wangi. 



 

Pewangi Qish yang diletakkan di tempat Al Quran 


 

Berapa Pakej pewangi Qish?


Pakej mampu milik serendah RM30 untuk 1 botol pewangi yang biasanya tahan 2 bulan. Boleh infaq lebih mengikut kemampuan kita. Lebih banyak infaq, makak lebih banyak surau dan masjid akan dapat manfaat. Boleh juga kita niatkan pahala kepada mak ayah atau orang yang kita sayangi. Samada masih hidup atau telah tiada, supaya pahala berterusan.


Masjid dan surau mana yang sudah terima Pewangi Qish?

Kami telah menghantar sebahagian infaq ke masjid dan surau sekitar Shah Alam dan Klang, seperti berikut.


 * Masjid Kota Kemuning

* Masjid An Naim Jalan Kebun

* Masjid Saujana Putra

* Masjid Al Bakri Bukit Naga

* Surau Al Falah Jalan Kebun

* Masjid Johan Setia


Dan ada beberapa surau sekitar Shah Alam dan Klang. Projek infaq ini akan diteruskan kepada banyak lagi masjid dan surau sekitar, supaya lebih ramai jemaah dapat manfaat. Ianya bergantung kepada jumlah infaq yang diterima. Kami mensasarkan 500 botol pewangi untuk diinfaqkan sepanjang tahun 2024.



 

Pewangi Qish di Masjid Kota Kemuning 



Pewangi Qish di Masjid An Naim, Jalan Kebun.


 

 Pewangi Qish di Masjid Saujana Putra



Pewangi Qish di Masjid Al Bakri Bukit Naga



Pewangi Qish di Masjid Al Falah Jalan Kebun



Pewangi Qish di Masjid Johan Setia



Cara Membuat Infaq Pewangi Qish?


1.Pilih unit infaq, min 1, harga RM30 akan dipaparkan

2. Isi Maklumat Peribadi anda dengan lengkap atau mahu dinamakan kepada yang tersayang, nama dan no HP.


3.Klik Pembayaran ToyyibPay atau bayaran manual

 4.Klik AKUAN dan Klik TERUSKAN KE PEMBAYARAN

 

Syukur alhamdulillah selesai. 


PENGESAHAN

Akuan

Saya mengesahkan bahawa semua maklumat yang telah saya masukkan di atas adalah benar dan saya akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya ada maklumat yang tidak benar.


Moga amalan kita semua diterima, sebagai bekalan akhirat kita. 


Sebarang pertanyaan boleh whatsapp kepada admin, wasap.my/60123957875/infaqPewangi.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Infaq Pewangi Qish
500
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN